TEMAN-TEMAN WANIE

Khamis, 10 Februari 2011

wahai bOs kU yAng cUMEL..aq perlukan cuti

OWH......SILA ANGGAP ADA FORMAT SURAT RASMI DI ATAS YEA!! (nampak sangat malas nak taip..hahhahahaa)


PERMOHONAN BERCUTI DENGAN JAYANYA!!

tuan / puan,

2. berhubung dengan perkara di atas, saya, Sanyo Osaka @ Noor Sazwani binti Kamarudin ingin sekali memohon kepada pihak tuan yang berkuasa atas muka bumi, kat akhirat belum tentu, untuk berikan saya satu kali cuti yang panjang. panjang yang saya maksudkan adalah dalam 6 bulan atau setahun. cuti yang saya maksudkan juga adalah, cuti bergaji.

3. ini adalah disebabkan otot-otot kaki saya yang dah mula mengeras dan dibimbangi cramp jika digunakan untuk menaiki tangga opis yang terlalu tinggi dari aras bawah setiap hari. ia adalah sangt membahayakan diri saya juga kerana saya hanya mengunakan motosikal untuk ke tempat kerja dan akan berhadapan dengan kenderaan yang besar n terlalu besar dari saya. sila la kalau pihak tuan kat tempat pekerja macam saya. tapi ini tak adil, sebab tuan selalu tidak masok pejabat atau kadang-kadang tuan menaiki kereta yang bermacam bentuk tidak ampu saya ingati. tuan pasti tidak merasai kepenatan yang saya rasa. mohon dipertimbangkan.

4. selain itu juga, saya juga memohon diberi cuti yang panjang demi menyiapkan tugasan yang diberi oleh pakcik di pejabat sekalian seperti membuat acound opis dan mengemas kan opis setiap hari. bukan satu atau dua. tapi bertimbun-timbun. selain suka bertangguh, alasan saya memohon ini juga adalah disebabkan saya disaspek mendapat penyakit 'M' iaitu malas. oleh itu, perjalanan kerja akan terhenti bila saya diserang dan untuk pulih adalah sukar.

5. saya juga berhasrat untuk mendapatkan cuti yang lama untuk memenuhi masa saya bergolek-golek di atas tilam dan bantal yang empuk di rumah sana. disamping bermanja dengan tilam dan banal, saya juga boleh meluangkan sebanyak masa yang mungkin untk blog saya yang mulai usang dan suram ini.

kerjasama dan perhatian penuh kasih sayang dari pihak tuan saya hargai dengan flying kiss. mohon agar tindakan segera dapat diambil.

CETAKAN BERKOMPUTER, TIADA TANDATANGAN DIPERLUKAN!!

psst~
f0rmat diatas tak sesuai digunakan untuk budak-budak UPSR, PMR, SPM dan STPM!!kalau rasa nak fail dengan jayanya sila la yea!! o yeah....tata!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih sudi comment..syg kamu..
muaahhh..lalalala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...