TEMAN-TEMAN WANIE

Khamis, 28 Julai 2011

Maafkan kiranya aq bersalah

hati ku manangis enta kenapa..
mungkin disebabkan kesilapan dan keterlanjuran kata-kata..
mungkin jugak penyebab dari hati seorang perempuan iaitu kaum hawa..
Pernah kita merenung dan memikirkan apa erti persahabatan.  Sahabat, kawan, rakan atau teman semuanya memberi maksud yang sama.  Tapi pada aku SAHABAT tak sama seperti kawan & rakan.  Alangkah beruntungnya kita andainya mempunyai seorang teman yang memahami kita.  Seorang teman yang hanya mengharapkan kejujuran dan keikhlasan sebagai seorang sahabat. Apa yang kita lalui demi teman kadang-kadang amat memenatkan dan menyakitkan. Tetapi itulah yang menjadikan persahabatan mempunyai nilai yang indah.  Persahabatan sering dihiasi dengan cubaan. Tetapi persahabatan yang sejati mampu untuk menangani cubaan itu malah berkembang mekar bersama dengannya. 

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuranSeorang sahabat,begitulah juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami.

Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.Harapan dan impian juga kita luahkan.Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hinggaKadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.Pernah kah kita memberi dia peluang untukmenceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup 

semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat 
untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…Kerana dia juga seorang manusia,Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..Kita tidak tahu….Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kitaakan tahu…..




“Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari”

2 ulasan:

  1. zippo: huhuhuh..wanie sedih laaaa sebab sahabat wnaie dh pergi dri idup wnaie...silap wanie laaa cakap xtapis..so die kecik t dgn kata2 wanie..lalalala

    BalasPadam

terima kasih sudi comment..syg kamu..
muaahhh..lalalala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...