TEMAN-TEMAN WANIE

Rabu, 27 Februari 2013

*__& sAkiT mEmELukAN kEsABarAn #__^



selalu dengar orang kate kalau sakit maksud nya terhapus dosa-dosa kecil..
wanie pown ade jugak bace dalam buku-buku agama mengatakan kalau
kita ditimpa penyakit maksudnya ALLAH SWT memperhatikan kita, 
itu sebab diberi penyakit supaya kita lebih dekatkan
diri kita padaAllah swt.. 

Sejak-sejak ni wanie selalu sakit.. Kalau sakit kepala tu bole dikatakan setiap hari.. Tapi bile dah makan "Penadol Extra" akan ok2 jerk seminggu ke-2minggu.. mungkin efek pada terlalu lama tengok PC & Letop.. Sekarang ni pulak penyakit lain yang datang.. Selalu demam, demam lak berbalik-balik.. Demam seminggu pastu baik seminggu pastu demam balik, badan pulak rase lemah-lemah .Ibu wanie pelik gak kenapa wanie selalu kene demam, pastu badan jadi sejuk-sejuk tak tentu pasal..
Wanie memang xsuke pegi klinet, sebab bile masuk jerk pintu klinet & tunggu giliran, sakit wanie akan sembuh serta merta, pastu masuk bilik dokte xder la sakit, nak cakap ape kat dokte? wanie dah la xgeti menipu so xkan nak cakap demam padahal demam dah sembuh time tunggu giliran tadi.. hahaha selapas jumpe dokte terus la wanie balik rumah, masuk jer rumah terus demam balik, macam megik. Penah jugak la cita pada membe benda nie, bole jadikan bahan gelak jer sebab membe tu suruh wanie duduk kat klinet xpayah balik rumah nanti demam balik.. hahaha
Di sebabkan penyakit pelik wanie ni, wanie cari la kat goggle tentang penyakit misteri yang xberapa nak misteri nie, ok benda nie yang wanie jumpe # # # # # # # #

7 SEBAB KENAPA SELALU LETIH
Sebab 1: Kekurangan darah
Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sekarang baru la wanie paham & mendapat jawapan pada setiap persoalan penyakit misteri. Wanie lemah-lemah badan di sebabkan "darah kurang" kerana baru-baru nie wanie telah menderma darah sebanyak 450ml di kempen derma darah kat Tesco haritu & dalam masa 3 hari selepas menderma, sahabat wanie lak datang iaitu ABC.. paham2 jer la ABC tu ape ok.. hahaha 
Demam pulak efek dari darah jugak sebab kalau darah kurang akan mengalami sejuk-sejuk badan kan? kalau dah sejuk-sejuk badan confrm la rase cam nak demam & kesan lebam kebiru-biruan kat tangan kerana disuntik dengan jarum besar time darah disedut keluar juga penyebab demam..
Sakit kepala pula wanie pikir disebabkan wanie ade "darah tinggi". Kalau ade darah tinggikan akan selalu sakit kepala & pening-pening keterlaluan.. Tapi tak mungkinlah wanie mempunyai penyakit "golongan orang-orang tua tu".. ishh memalukan jerk.. hahahah so wanie pegi jumpe dokte untuk pengesahan "penyakit orang-orang tua" tu dalam darah wanie. Selepas di cek & mendapat pengesahan yang wanie *bebas* dari penyakit darah tinggi.. Wanie jadi happy & mule terpikir, masa derma darah haritukan petugas kat kempen tu dah cek darah, disebabkan darah wanie ok lah wanie bole derma darah.. OMG.. kenapa perlu perhabiskan duit jumpe dokte semata-mata nak cek darah tinggi jerk *___^ hyeee.. wanie.. wanie.. nape lak xgunakan otak untuk berpikir.. haha mungkin sakit kepala wanie akibat kurang tidur & terlalu lame tengok PC & Letop jerk.. heheh

bila wanie dah sakit.. nie ubatnya yang dapat.. siap dengan MC lagi.. tapi dokte tu dekot.. Bagi MC sikit jerk. bagi la semingu.. skang tepakse pegi kj walaupun ngah sakit, nak jalan pown xlarat.. issh.. kesian wanie *-__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih sudi comment..syg kamu..
muaahhh..lalalala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...